Meninggal dunia Ary_Malik

Pada Mei 2016, Ary mula dikesan menghidap penyakit kanser ovari selepas mengadu sakit perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju.[9] Beliau kemudiannya menjalani kemoterapi dan sebelum dirujuk ke Hospital Ampang pada 18 Februari 2017 di mana kanser ovarinya telah mencapai tahap empat dan keadaan kesihatannya bertambah teruk.[10][11] Beliau turut dikesan menghidap tumor dipercayai merebak ke kepalanya.[12]

Pada 28 Februari 2017, khabar angin mula tersebar pada jam 2 petang, mengatakan beliau sudah meninggal dunia, namun ianya tidak benar.[13] Bagaimanapun, Ary masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.[14] Tujuh jam selepas khabar angin tersebut tersebar, Ary disahkan meninggal dunia pada jam 7:17 malam pada tarikh sama di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.[15] Jenazah beliau dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kem Wardieburn, Setapak pada jam 8.30 malam[16][17][18] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota pada jam 12.40 pagi 1 Mac 2017.[19] Antara selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah ialah Ako Mustapha, Riezman Khuzaimi, Erma Fatima, Ellie Suriati dan Fizz Fairuz.[16] Suami Allahyarhamah Ary, Shahrul Nizam juga terkesan dengan pemergian Ary dan menyifatkan kehilangannya merupakan sesuatu yang besar buatnya.[20]

Rujukan

WikiPedia: Ary_Malik http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ary-malik... http://www.gempak.com/artikel/3725/saya-hilang-ses... http://www.imdb.com/name/nm0539563/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ary-malik-se... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/berita-menin...